korang nak tahu satu fakta tak?..bagi mereka yang dah kena penyakit apendik ni dan dah buat pembedahan buang apendik ada seorang manusia yang unik?..yess..sebab bagi manusia normal apendik tu masih ada tapi bagi manusia yang unik mereka dah tak ada apendik tu..keh3..so bergembira lah anda yang telah menjadi unik..yang belom tunggu jela masa korang erk….
disebabkan aku adalah salah seorang dari manusia yang baru sahaja menjadi unik, so aku nak berkongsi lah dengan korang fakta mengenai apendik ni..kalau korang berkena jom ler baca..mana tahu korang ada tanda-tanda penyakit ni boleh cepat-cepat check doktor…
apa itu apendik?
-Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan.
apa itu apendisitis?..
apendisitis adalah nama penyakit yang berlaku pada bahagian apendik..Apendisitis merupakan keradangan pada apendiks vermiform iaitu struktur kecil berbentuk cacing yang terjulur keluar dari usus kanan.Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).
punca penyakit apendisitis?
ada beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengannya seperti benda keras yang tersangkut di pangkal apendiks seperti najis, sisa-sisa makanan seperti biji-bijian dan, batu karang.
petanda awal serangan apendik?
1.berasa sakit pada bahagian tengah perut atau sekitar pusat yang menyerang selang beberapa jam atau dua hingga tiga kali sehari.
2.Tidak lama kemudian, kesakitan berpindah dari tengah perut ke bahagian bawah abdomen kanan.
3.Kesakitan menjadi semakin bertambah kuat dari semasa ke semasa terutamanya jika anda bergerak, batuk atau berjalan.
siapa yang selalu menjadi mangsa?
mangsa serangana penyakit apendisitis ini biasanaya dari kalangan remaja belasan tahun dan tidak terkecuali juga kanak-kanak..bagi golongan dewasa berusia 40 tahun kebiasaanya ianya dikenali sebagai kanser usus tetapi jarang dijumpai.
jenis-jenis rawatan
1.diagnosis
-Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal ke atas perut anda dengan menekan sedikit bahagian yang sakit.
Ujian darah dan sinar X juga mungkin dilakukan bagi memastikan tiada penyakit lain yang menyerupai simptom-simptom apendisitis.
2.rawatan pembedahan
-Menerusi pembedahan apendektomi secara terbuka, apendiks yang panjangnya 5 hingga 10 cm akan dibuang pada peringkat pangkal. Luka torehannya adalah di antara 3 hingga 5 sentimeter, bergantung kepada tahap kegemukan atau obesiti pesakit.
-bagi sesetengah kes yang menyerupai apendisitis di mana apendisitis masih belum pasti, doktor menggunakan kaedah laparoskopi untuk membuat diagnosis.kaedah ini akan meninggalkan parut yang tidak menghodohkan dan akan lebih cepat sembuh
selepas pembedahan
biasanya pesakit akan dapat cuti selama 2 minggu dan akan dibekalkan dengan ubat antibiotik dan ubat penahan sakit. pesakit juga akan mendapat rawatan susulan sebanyak sekali atau dua kali bergantung kepada keadaan.
sumber : sini
**********************
itu jelah kot yang aku dapat kongsikan dengan korang semua..kalau korang rasa ada tanda-tanda tu baik pergi check cepat..sebab kalau apendiks tu dah pecah memang teruk lah jadinya..aku punya nasib baik tak pecah..sebab kalau pecah nanti nak kena cuci apa semua…memang rumit..
tapi bila dah operate tu masalah lah sikit..korang tak leh tengok maharajalawak lagi dah..sebab korang tak leh gelak…kalau korang gelak memang senak lah perut tu..kang tak pasal-pasal terbukak semula..bahaya woo!..nak bersin ngan batuk pun sakit..
satu hal lagi bab makanan..memang kena jaga lah…skang mak aku bagi makan nasik dengan ikan panggang je..tak dapat nak makan sedap-sedap ..nak KFC…nak MEKDI…nak pizaaaa….
IH : fungsi apendiks tu masih belum diketahui secara jelas..tapi kalau korang ada ke takde ke apendik tu korang masih boleh hidup ..sebab tu yang tak ada apendik tu dorang jadi unik..hehe
menangi peluang untuk ke konsert yuna | peluang untuk menang ipad HTC dan honda city | rasai kehebatan proton exora
menangi peluang untuk ke konsert yuna | peluang untuk menang ipad HTC dan honda city | rasai kehebatan proton exora


ehh, piza mekdi. penumbok nak?! hahaha sakit, buat cara sakit
eh lagi, mcam same kes je ngan abg eden.. dia pun kene bedah dlu, dah lame dah tahun brape tak igt..
sebabkan air coke kot? byk beno mnum air coke kot? ntah la abg den tuh..haha
xleh gelak.. senyum jelaa
@Syat0za Zaikeh3..lagipun dah lama tak makan..ingat dah balik ni leh lah makan dengan family tercinta..tapi kena berpantang plak..adoi…dugaan2..sabor2..
@zacky ~786~hehe..itu yang terbaik =D
teringat dulu ada kawan kena apendik..
kita org pergi melawat ramai-ramai..
@Nadia Mashurihehe..hari tu pun ada kawan2 datang melawat =P
thanks sharing.memang everyone ada apendiks dan apendiks tu mudah tersangkut benda2 keras yang susah untuk hadam.kalau terluka ke apa ke,boleh terkena infeksi dan keradangan.dan lama2 perut sakit.
@Rozuan Ismailaah..kalau dah terluka tu memang leh jadi bahaya..huhu
Yeay! Saya salah sorang manusia yang unik itu! Hehehe..
Yeay! Saya salah sorang manusia yang unik itu! Hehehe..
GEDIK je nak makan macam-macam
4P nak? penumbuk, penampo, penendang, penyepak?
opsssss, hahhahhahah
yeah! akak adalah salah seorang manusia yg unik!
erk ? sakit tak..? hihi
Takut la terkena apendiks tengok member yg kena operate apendiks ni seksa ja.. huhu
nice info! ^^
takmo woo..
aku tkut ospital! haha XP
@?????Q?t???????hehe..yeaah..lets join da club! =P
@aliaroslihaha..xmau2…dah xde selera =D
@whitecappuccinoyess..kita sama geng kak =P
@Corat-coreterr..sakit jugak =P
@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAraah..sebab masa kena tu serius sakit gila2..xtahu nak cakap macam mna dah..
my sis pernah suspect apendiks..tapi alhamdulillah..dia sihat sekarang
mt father also got it, same goes as you!! be patient my bro!!
dulu aku apendiks..
masa sem1..
ntah mcm na blh kena,
mlm tu jak terus kena tahan wad, and esknya kena operate..
perghhh~
pedih dan sakit, nda tertanggung..
btw, bgus jga apendiks ni sbb bikin berat bdan aku nda naik2.. hahahaha..
maintain gtu jak… hehee
Oh yeay! aku termasuk golongan unik la nih? buang appendik masa form 3. Kalau tak salah.
Nak tau operation berjaya ke tak, pesakit mesti boleh kentut! tak kentut, problem!..hahaha
my sis pernah suspect apendiks before. tapi alhamdulillah dia dah sihat.
So kalau nak makan Mekdi or KFC.. cepat sembuh ye..
ye, tahniah, kerana anda ialah manusia yang unik!
hehe.
kawan cik tom pernah kena sampai pengsan…doc ckp sib baik apendiks tue belum pecah..kalau xbahaya…kalau selalu sakit perut belah kiri tue berjaga2 la…huk3
ade member kena sampai perut menanah.. kena tebuk perut kuarkan nanah tuh.. ish sadis tol..T_T
oh..macam tu rupanya..Iqbal ni sama kes dengan kawan aku..Kawan aku kena operate masa final tgh berlangsung hari tu.kesian dia kena repeat balik paper this sem utk next sem..apa-ap pun jaga diri..
mcm apa yg sy tahu…apendik berpunca dari usus yang tersumbat disebabkan makanan yang tidak dapat dicernakan….
bekasnya tak kan ilangkan..sebab ada member yg operate pasal apendik sampai skang ada lagi bekasnya..x cam panjang lak..
MU kalahlah semalam..huhu
Apendik tu memang tak diketahui fungsinya tetapi kalau rosak, membahayakan kesihatan.
kalau macam tu, abah aku kira orang yang unik lah
Kalau tak berak beberPe hri tu appendiks ker????