Dunia Basikal Warna Warni “Fixie”

basikal fixie

 

Mungkin aku antara orang yang paling lambat untuk up to date pasal basikal warna warni ni..eh silap,nama dia Fixie..bukannya apa,bila balik kampung ni cuti panjang barulah aku dapat melihat keindahan alam..dan salah satu keindahan alam terbaru yang dapat aku lihat di tempat aku adalah fenomena basikal warna warni ni..eeh..silap lagi..Fixie ye adik-adik..

Mana tidaknya,kalau dulu aku balik kampung..waah..ramai gila budak-budak motor konvoi pusing bandar petang-petang hari..tapi sekarang,dunia makin maju broo…tak main dah motor,kena isi minyak bro…naik fixie lah bro..alam sekitar pun tak tercemar bro..saving duit lagi bro..bro..bro..bro..brooommm…aweks pun ramai brooo…wow!

Mungkin itu salah satu sebab kenapa budak-budak sekarang suka naik fixie ni..tapi aku rasa budaya Fixie ni dah lama bertapak sebelah key ell sana ..yela,biasanya trend-trend macam ni agak lambat sampai ke sebelah pantai timur ni..kena lalu highway karak kemudian lebuhraya pantai timur..agak jauhlah dalam 5 jam perjalanan..

Tapi bagus jugak aku rasa naik Fixie ni..sebab boleh menyihakan tubuh badan,saving duit sebab tak payah isi minyak ,selamatkan alam sekitar ,mengelakan budaya rempit(ada ke rempit Fixie?), dan lain-lain yang korang rasa positif tentang Fixie ni..

Dan mungkin ini adalah salah satu platform untuk melahirkan jaguh berbasikal baru negara untuk menggantikan azizulhasni?..kalau korang nak tahu terengganu merupakan salah sebuah negeri yang banyak melahirkan jaguh-jaguh basikal negara..ini betol bro..bukan main-main..

Bagi yang mungkin tak tahu lah ape benda lah Fixie ni..meh nak terangkan sikit berdasarkan apa yang member-member aku cerita dekat aku…Fixie ni sebuah basikal yang gear dia Fix..orang ganu oyak “spoket mapuh“..do you know “spoket mapuh‘?..tak tahu tanya orang ganu…so bila dah fix gear ni its mean korang basikal ni tak payah guna brek walaupun ada jugak yang menggunakan brek ..bergantung lah pada yang nak bawak tu..

Lain-lain adalah basikal ni dia ada banyak warna..dan itu menjadikan jenis basikal ni sangat menarik di untuk di tatap dan juga dikayuh..mungkin menimbulkan rasa semangat dan bertenaga apabila mengayuh,entah..aku tak pernah kayuh lagi tapi berminat nak cuba..

Cerita panjang tak best jugak,meh aku nak ajak korang baca fakta tentang Fixie ni yang aku jumpa di www.zonlelaki.com :

 

1.Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.

2.Basikal fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.

3.Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.

4.Sesetangah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.

5.Basikal fixie tidak mempunyai gear (maksudnya Fix gear lah kot? )

6.Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal. (member aku cakap RM300 pun dah ada..)

7.Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.

8.Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersediri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.

9.Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana pada basikal biasa anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.

10.Sesetangah penunggang berpendapat menunggang fixie memberikan mereka lebih “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.

***************

Fakta yang menarik untuk Fixie ni korang boleh mengayuh secara mengundur..yeah!..tapi kena ada skill lah bro..kang tak pasal-pasal tergolek atas jalan..sapa yang susah?..lu pikir lahh sendiri…

Bila aku ingat-ingat semula,dah lama aku tak kayuh basikal..sejak-sejak ada lesen motor dengan kereta basikal aku lupakan terus..dasar melayu mudah lupa…huk3..ni buat aku rindu zaman-zaman naik basikal dulu..kayuh dengan penuh dedikasi untuk ke sekolah..tu tak kira lagi jatuh basikal bila nak turun bukit,rantai jatuh,tayar pancit,roadtax basikal mati,basikal kena curi.. #kenanganbasikal

mr bean fixie

Mr Bean : kalau ada yang nak tambah pasal Fixie ni drop dekat komen ye…Babai

 

Comments

Powered by Facebook Comments

Comments

  1. ub3y says:

    x sure la. tp tiap2 malam ak lepak kt area kb, penuh kot bdk2 fixie ni. maybe taun ni kot br masuk. awek2 5-6 orang nek beskal. comel2. haha
    ub3y recently posted..Adakah Anda Penyokong Yang Biadap?My Profile

  2. biskud oreo says:

    tapi fixie neh bahaye sket .
    ade kes kwan biskud xsident sesame sndri .
    sbb nyea ? na bererti tade brek .
    hehee

  3. mmg seronok menunggang fixie, tapi kalau x berhati2 mmg boleh mati.. sbb tu saya biar pasang brek depan selagi x pandai brek guna kaki atau dipanggil skid.. sapa2 yg minat nk naik fixie.. cubalah. bila dah cukup duit raya nnti belilah satu, xperlu yg mahal2, asalkan dia boleh berfungsi dgn btul. Xpandai skid, jgn x guna brek :)
    pencintafixedgear recently posted..Dunia Basikal Warna Warni “Fixie”My Profile

  4. comey la !
    tiba2 rasa nak bli basikal ni bawa pergi kelas.
    kekeke~
    Kirin Selama Perak recently posted..Gugurnya Air Mata Seorang Anak | Kirin Selama PerakMy Profile

  5. MuJE says:

    sesiapa yang zaman budak-budaknya diabadikan dengan basikal, plewe mapuh tidak menjadi sebarang masalah. :D
    MuJE recently posted..Cinta Muka Buku – Najwa LatifMy Profile

  6. MuJE says:

    sesiapa yang zaman budak-budaknya diabadikan dengan basikal, plewer mapuh tidak menjadi sebarang masalah. :D
    MuJE recently posted..Cinta Muka Buku – Najwa LatifMy Profile

  7. fairuz says:

    pakai kereta je sudahlah. hahahaaa
    fairuz recently posted..Soalan cepumas untuk kaum lelaki.My Profile

  8. bunga says:

    dah lama tak naik basikal..hehe..sejak dah pandai naik motor..hehee

  9. my youngest sister dari sy duk kat moscow die bodek mintak belikan fixie…jgn haraplah..dahla pompuan nak berfixie bagai..naik beskal lama sudeee..keke
    alexa yussida recently posted..kisah last day praktikalMy Profile

  10. aku dah la tak rajin mengayuh, ni nak mengidam fixie tak payah la =_=
    haha
    Syazwan Sarawak recently posted..Kata Putus Pihak InnityMy Profile

  11. sakura says:

    Fixie, kat kelantan, KB mmg mostly bley tengok beskal neh malam2, punyalah ramai group cycling. Tapi bagusla jgk at least ley kurangkan merempit even takdela kurangkan sgt pon ahaa

  12. titan says:

    yang aku suka dengan fixie ni..makin ramai naik basikal dari motor dikalangan budak-budak sekarang. Teringat zaman aku dulu masa hangat naik basikal..yela, nak beli motor tak mampu, jadi layan basikal aje..tak sangka musim berbasikal datang balik..

    bagu aku ianya bagus. Sebab jarang sungguh dengar orang eksiden sebab berbasikal. Tapi kalau eksiden sebab naik motor..itu lagi banyak. Sekurangnya, naik basikal ni tak perlu ambil lesen. Percuma aje. hehe..

  13. Fazreen says:

    bagus fixie ni tapi ramai yg terikut dgn trend..xramai yang betul2 passionate about cycling..mngkin dlm setahun dua lagi kita boleh lihat berapa kerat je yang layan fixie ni..naik fixie ni pn ada rules dia, pakai kasut, helmet, make sure guna lamp bila malam, dan ada toe clips (skid)..safety first..tp ramai yang aku lihat abaikan benda ni..
    Fazreen recently posted..Tuesday Total Textures 11My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge