SeeFood telah ditayangkan di 90 buah negara luar contohnya seperti di Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia pada tahun lepas. Akan ditayangkan di Malaysia pada 8 Mac 2012 ni di 80 buah panggung seluruh Malaysia.
Berlatar belakangkan eko-sistem sekitar kita, Seafood mengisahkan tentang seekor anak jerung bernama Pup yang mempunyai misi untuk mencari sekumpulan pemburu haram yang telah mencuri sebilangan telur-telur dari kawasan perairannya di mana pengembaraannya yang penuh dengan aksi-aksi lucu bukan sahaja di dalam air, malahan di darat.
Pup berusaha untuk menyelamatkan abang-abang dan kakaknya tanpa memikirkan keselamatan nyawanya. Pup telah sampai ke dunia daratan yang ada watak Man. Di daratan Pup tidak menyangka ada bahaya jugak menanti dia di sana.
Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Pup dan Julius memakai sut khas supaya mereka berupaya mengembara di daratan.
Info mengenai filem ini :
- SeeFood telah memenangi 3 anugerah animasi pada tahun lepas iaitu dalam kategori
- Animator 3d Terbaik, Kompositor/Vfx
- Animasi Terbaik dan
- Montaj Animasi Terbaik.
- Pengarah: Goh Aun Hoe
- SeeFood dibiayai menerusi geran dana e-kandungan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI).
- Seefood mengambil masa selama 2 tahun 4 bulan untuk disiapkan sepenunhya.
- Menerima hasil sentuhan dari 35 orang pelukis animasi
- SeeFood dikategorikan filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia.
- Durasi tayangan ialah 90 minit.
Untuk trailer boleh lihat di [sini]


Comments
Powered by Facebook Comments