Nampaknya konflik dalaman yang melanda KAFA kian meruncing apabila ketua jurulatih,Peter James Butler dilaporkan menghilangkan diri.Butler dipercayai berada di Kuala Lumpur dan Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim sudah diarah mencarinya selain berharap jurulatih berusia 46 tahun dari England itu kembali ke Kelantan secepat mungkin.
Masalah dalaman ini dan sikap Peter James Butler dibimbangi kerana sekiranya beliau tidak mampu untuk fokus melatih pasukan,prestasi pasukan kelantan berkemungkinan akan merosot..
Menurut presiden KAFA,Tan Sri Anuar Musa melalui laman harianmetro,
Saya tahu Butler ada masalah dan memintanya supaya berbincang dengan pengurusan dan saya yakin masalah ini hanya berlaku di peringkat pengurusan saja.” Ketika ditanya spekulasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hambra Red Warriors (Army), Bojan Hodak akan menggantikan Butler, Annuar berkata, Kafa perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, namun tidak menafikan pengalaman Hodak lebih luas berbanding Butler.
“Apa yang boleh saya katakan, pengambilan Bojan adalah untuk membantu Kafa dalam tenaga kejurulatihan dan pembangunan Army,” katanya.
Dan berita baik buat peminat bola sepak kelantan kerana pihak KAFA telah pun menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat pemaju, Casamesra Sdn Bhd (Casamesra) yang terpilih membina sebuah stadium bola sepak di Bandar Baru Tunjong.
Semoga kemelut dalaman KAFA akan dapat segera diselesaikan supaya tidak menjejaskan prestasi para pemain kelantan dalam mengharugi cabaran Liga Malaysia Musim ini..


KOMEN TERKINI