Borang Permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM) 2012

Permohonan Penajaan Yayasan Telekom Malaysia Pra Universiti Diploma dan Ijazah Pertama 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pemohon yang ingin membuat permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM) 2012. Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang berjaya memperolehi kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Dalam Negara.

Kategori Biasiswa Permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM) 2012

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Biasiswa Pra Universiti / Program Alpha
  2. Biasiswa Diploma
  3. Biasiswa Ijazah Pertama

Kelayakan Memohon

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Peringkat Pra Universiti di Universiti Multimedia
    • Pelajar lepasan SPM.
    • Berumur tidak melebihi 19 tahun
    • Memperolehi sekurang-kurangnya A dalam keputusan peperiksaan SPM bagi 4 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  3. Peringkat Diploma
    • Pelajar lepasan SPM.
    • Berumur tidak melebihi 20 tahun
    • Memperolehi sekurang-kurangnya B dalam keputusan peperiksaan SPM bagi 5 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  4. Peringkat Ijazah Pertama
    • Pelajar lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma atau kelayakan yang setaraf.
    • Berumur tidak melebihi 23 tahun.
    • Memperoleh keputusan yang cemerlang mengikut kursus yang dipohon.

Matapelajaran Wajib Mengikut Bidang/Kursus Pengajian

  • Kejuruteraan dan Teknologi (Elektrikal, Elektronik, Perhubungan, Telekomunikasi, Perisian, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia atau matapelajaran Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.
  • Pengurusan (Sumber Manusia, Pemasaran, Ekonomi, Perniagaan dan Perakaunan)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Sains/Kimia/Fizik, Matematik Tambahan, Perdagangan/Ekonomi Asas/ Sejarah/ Prinsip Akaun/ Geografi.

Institusi Tajaan Yayasan TM

Pengajian Dalam Negara

  1. Multimedia University (MMU)
  2. Multimedia College (MMC)
  3. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Universiti Islam Antrabangsa (UIA)
  6. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  7. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  8. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  9. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  11. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  12. Universiti Malaya (UM)
  13. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  14. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)

Permohonan

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Yayasan TM di Tawaran Biasiswa Yayasan TM
  • Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap pemohon.
  • Sila baca dengan teliti pilihan program yang disenaraikan dan buat pilihan yang bersesuaian.
  • Sila gunakan keputusan PNGK/CGPA terkini sekiranya keputusan akhir pengajian semasa belum diperolehi.

Tarikh Tutup

  • Permohonan Biasiswa Yayasan TM ini ditutup pada 8 April 2012.
  • Calon akan dimaklumkan sekiranya berjaya ke proses pemilihan seterusnya manakala permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Kepada yang ingin memohon,sila pastikan anda mematuhi syarat yang ditetapkan,dan jangan melebihi tarikh tutup permohona..semoga berjaya!

Terima kasih kepada melviester.com untuk maklumat ini.

Comments

  1. akhiyy says:

    ssh kot nak mintak ytm..
    akhiyy recently posted..Hotel 30 Tingkat Dalam Masa 15 HariMy Profile

  2. adam narzuan says:

    mesti best kalau dapat biasiswa.. tapi yang penting kena blajar betul2..
    adam narzuan recently posted..Pengacara Pijak Muka – Dira Abu Zahar Tidak TertekanMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge