Bantuan Kain 1 Malaysia (BK1M) Dan ABPBH

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada warga Malaysia..kepada warga negara lain,aku ucapkan selamat hari-hari sudahlah sebab aku tak pasti waktu kat tempat korang pukul berapa..sebab dekat Malaysia sekarang ni jam menunjukan pukul 2.50 pagi sewaktu aku habiskan ayat ini.

Apa ke hal tajuk aku pelik semacam je?..menifesto Pilihan raya akan datang ke?..tak pernah aku dengar lagi Bantuan Kain 1 Malaysia (BK1M) ni..ni semua pasal ABPBH lah…

Entah macam mana boleh terfikir idea supaya wujud Bantuan Kain 1 Malaysia (BK1M) untuk SEBAHAGIAN artis wanita di Malaysia ni terutama bila ada acara-acara besar majlis penganugerahan macam ni..yela kan,kalau setakat majlis perpisahan sekolah tak ada lah dorang nak pakai pakaian yang agak kurang cukup kainnya tu..

Bila event besar macam ni lah peluang nak pakai..ramai orang tengok..wow!..deng!..aku pun terjebak tengok jugak..tapi tak berkelip mata r.,bila dah berkelip aku berhenti lah tengok…hahaha..#melawak

Tapi apa yang aku mention tu cuma untuk sebahagian saja yang memang dah secara terang-terangan mendedahkan aset peribadi hak milik si suami kepada khalayak umum..tak perlu nak tulis siapa,anda tengok anda tahu lah siapa..ke guane?

Dan,aku ada terbayang bagaimana kalau anugerah-anugerah besar macam ni,artis-artis wanita pakai baju kurung?..tak pun pakai jubah..ini tidak,pakai kostum ikan duyung..mungkin pereka fesyen terkenal patut fikirkan idea untuk hasilkan pakaian yang lebih bermutu untuk  saham di akhirat kelak..

Ataupun kita nak tunggu sampai orang sedekahkan kain ni kat kita?

p/s : teguran untuk diri sendiri juga sebab masih belum sempurna amal ibadat hambaMu ini..

Comments

  1. adam narzuan says:

    emang patot pun Bantuan Kain 1 Malaysia ni.. huhuhuhu.. bukan artis jer.. tapi pada semua yang tak cukup kain laa…
    adam narzuan recently posted..Sayangku..Bahagiakah Kita??My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge