Cuti Panjang Sudah Habis Bro

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada seluruh rakyat Malaysia yang membaca entri aku ini..Aku pun tak faham kenapa asal sampai waktu pagi macam ni je mood nak update blog datang..entah ada orang datang baca ke tidak sebab sekarang jam dah menunjukan pukul 1.55 pagi..

Sebenarnya mood nak update datang lepas aku baru sahaja kalah PES ..perit sungguh nak menanggung kekalahan..tapi tak apa,luahkan kat blog..kongsi dengan korang semua..Hahaha..

aaron aziz kl gangster 2

sumber gambar

Cuti Mid Semester Dah Habis

 

Bila sebut pasal cuti siapa tak mahu cuti lama kan?..tambah-tambah lagi aku ni sebagai student..kalau lah diberi peluang aku nak ajak korang buat perhimpunan untuk mohon cuti mid semester dilanjutkan untuk tempoh 2 hingga 3 minggu..baru puas beb!..hahaha..

Habislah aku kena hentam lepas ni..tapi jangan ambil serius apa yang aku cakap tu..off record..Berbalik pada topik asal,memang aku dah habis cuti mid semester selama seminggu..Dan cuti semester aku tu memang aku manfaatkan dengan sebaik mungkin dirumah ku syurgaku..

Makan tido bangun tengok tv online keluar lepak..balik..pastu ulang balik rutin harian aku selama seminggu..meriah kan?..haha..yeah..sebab tulah bila aku balik ramai sedara mara dan juga kawan-kawan aku cakap macam ni bila jumpa aku..

“oi bal,makin “sihat” sekarang,”

“koho “besor” mung lening bal..”

“Gane lah mung nok bawok kapal terbang,dok naik kapal terbang kekgi sebab pilot berat”

Itulah antara kata-kata hikmah dan semangat yang aku terima sepanjang kepulangan aku ke kampung halaman di dungun,terengganu..Mohon korang google translate lah mana-mana yang tak paham tu..

Kesimpulannya di sini,berat badan aku makin naik..tapi tinggi tak naik sebab aku rasa dah terbantut pertumbuhan aku..mungkin sebab tak suka minum susu..dulu masa kecik-kecik selalu lah minum..Semoga korang yang membaca kisah sedih aku ni hulurkan tangan ringankan beban untuk mendoakan supaya aku kurus..cukup 40 orang,insyaAllah boleh tercapai impian aku ni..

Permulaan Selepas Cuti

 

Dah seronok enjoy kat rumah,baru aku teringat yang aku teerrlupa bawak balik assignment..diulang teerrrlupa..kalau aku tak terrlupa memang waktu cuti seminggu aku manfaatkan dengan menelaah dan mengulangkaji segala assignment yang ada..tapi kebarangkalian untuk berlaku mungkin amat tipis..

So kesan dan akibat daripada tindakan aku tu,maka selepas cuti kena pulun semua kerja macam orang gila..tapi aku tak paham kenapa orang gila..sebab orang gila mana ada assignment?..dorang happy je memanjang…

Dan aku rasa dah terlebih panjang dah aku taip untuk pagi ni..mungkin lepas aku akan ada banyak lagi idea nak update blog aku yang tak seberapa ni..sama-sama kita nantikan sebab aku pun tak pasti bila akan diupdate lagi..

Akhir kata,na na na na na  Ganu kiter..

Comments

  1. tomatokering says:

    muhahahaha memang sihat pun aku tengok hang. keh3
    sama lah macam orang giler sudah U_U

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge