Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..yea,hujung minggu sangat seronok sebab dah seminggu kena bangun pagi awal-awal sebab nak pergi kerja..Kerja lah sangat kan? padahal praktikal sebenarnya..haha
Aku sekarang sedang praktikal di Upeca Aerotech di Seksyen 22 Shah Alam..Upeca Aerotech ni syarikat yang menghasilkan komponen metal untuk syarikat pengeluar pesawat seperti boeing,dan juga airbus..yelakan,alang-alang dah ambil bidang aeronautik,so praktikal pun nak yang berkait dengan aviation lah ..
Minggu pertama,tak banyak sangat kerja,biasalah awal-awal lagi..cuma kena korek semula kemahiran autocad yang dah lama ditinggalkan..berkarat jugak dah kemahiran tu,tapi kena cuba lah…ke guane?
Pengalaman kat tempat kerja biasa-biasa lagilah,baru peringkat beramah mesra dengan suasana baru..tapi pengalaman waktu pergi dan balik kerja itu yang mencabar..Aku dengan kawan-kawan menyewa di kampung melayu subang,rumah homestay tapi kitorang dapat sewa bulan-bulan rm800!..sewa 8 orang,sorang rm100,oke dah murah tu,sebab dah cukup lengkap dapur,peti ais,tilam,bantal,selimut,kerusi,tv,katil,,aircond! ..kecuali mesin basuh je..
Tapi tandas dan bilik mandi ada satu je,pagi-pagi memang kena beratur panjang jugak lah nak menunggu giliran mandi..tu belum kira kalau ada yang sakit perut..hahaha
Pagi-pagi juga aku kena rempit dengan motor kriss pinjam daripada pakcik aku sejauh 22km untuk ke tempat praktikal..ambil masa lebih kurang 25 minit jugak..Kalau jalan kat area Shah Alam ni tak jem,boleh je pecut jadi 15 minit,tapi pagi-pagi nak kena menyelit dulu,pastu kena tunggu giliran kat traffic light yang penuh dengan kereta..fuuh!
Agak jakun sikit dengan suasana baru sebab di kawasan aku nak tunggu jalan jem pun kalau hari raya je…hari biasa,nak rasa menyelit diantara kereta tak dapat lah..
Dan ada satu lagi pengalaman kena kejar anjing kat laluan motorsikal,elok je anjing tu tunggu aku lalu kemudian dia lompat..nasib baik sempat mengelak menggunakan kemahiran “merempit” yang ada..lepas tu,pecut sampai limit throttle..hahaha..tapi jauh di lubuk hati,cuak kot!
Besok dah isnin!..kerjaaaaaaaaaaaa…lambatnya nak jumpa sabtu minggu depan…



Kikiki..kesian…


miss yaty recently posted..Doa Penerang/Kelapangan Hati | Doa Amalan
hehe..dugaan ditempat orang =p
tahniahhhhh kene kejor ngan anjing! ade la jgk pengalaman. lgpon kwsn umh kt dungun tu mane ade anjing. keh keh keh.
Puteri Iqa Izyan recently posted..ketagihan!
hahaha..itu r pasal..pengalaman baru ditempat orang..
Hi nak tanya. Saya pun dapat praktikal kat upeca ni. Ada elaun ke eh untuk budak praktikal? And and hr dia macam mana? Garang tak? Haha cuaks.
ooh…hr dia oke je..peramah..bdk praktikal dapat rm400..tp depend hari yang datang bekerja..boleh bt ot jugak kalau nak..