Minggu Ke Dua Praktikal : Kisah Di Pejabat, Jalan Raya Dan Tiket Raya

Bangun pergi kerja balik tidur bangun pergi kerjaaaaa…itulah perkara yang dah jadi rutin aku sekarang..Dah lepas dah dua minggu aku praktikal,tapi masih belum aku rasa betul-betul gembira dengan alam praktikal aku ni..

TEMPAT KERJA

Mungkin suasana tempat kerja aku yang mana aku kena berdepan dengan komputer dari pagi sampai petang sebab aku ditempatkan dalam department design untuk syarikat yang aku praktikal ni..Memang awal-awal ni banyak mengadap komputer lah..nak online facebook tak boleh sebab kena jaga tingkah laku sebagai pelajar praktikal yang sopan!..hahaha

Selepas ni bila dah selesai kerja kat bahagian design ni,dapatlah turun dekat bahagian production …boleh lah jenguk-jenguk mesin..tak lah bosan sangat duduk dalam bilik aircond je,kat bilik kuliah pun aircond,datang praktikal duduk dalam bilik aircond jugak..

JALAN RAYA

Kalau kisah di jalan raya,alhamdulillah minggu ke dua ni dah tak sesat nak balik rumah sewa..biasa lah kan minggu pertama sesat..sebab orang kata, terlajak perahu boleh diundur,tersesat jalan kita ingat..eh?

Waktu pagi macam biasalah,pukul 7.25 pagi aku akan mula merempit ke tempat kerja dengan kawan aku sorang lagi..perjalanan ambil masa 25 minit,kalau lampu isyarat semua hijau 15 minit boleh dapat lah..kena pecut laju-laju..marabahaya!

Bab jenis menyelit–menyelit tu lah yang mengundang bahaya,kita tengah syok menyelit,tiba keluar motor dari arah tepi..memang mencabar kesabaran lah..Alhamdulillah,tiada berlaku apa-apa..

Dan paling menyedihkan semalam,plat motor patah sebab aku terlanggar lubang…pelik kan?..aku seribu kali lagi pelik macam mana boleh jadi macam tu..maka terpaksalah aku pusing shah alam tu sebab nak cari kedai plat motor..nasib baik jumpa,kedai motor dekat Hakim hasil bantuan seorang kawan..

TIKET RAYA

Ooooo..balik kampung!..ooo balik kampung!..siapa tak gembira kalau dapat balik kampung..lagi-lagi nak raya..dan macam biasalah,tiket bas balik raya memang macam pisang goreng panas lah,bukan macam tutti fruity yer..Nasib baiklah aku sempat beli tiket bas Sani Ekspress bertarikh 17/8/2012 jam 1.30 tengahari,iaitu hari jumaat..terpaksa cuti sehari dari solat jumaat..

Terima kasih Sani Ekpress

Dan sebenarnya jumaat tu aku kerja lagi,tapi akak bahagian HR cakap,boleh mintak cuti jadi aku beli jelah tiket hari jumaat..kalau cuti tak diluluskan memang menangis lah!

Lagipun cuti raya nanti mungkin dapat seminggu!..boleh lah aku jalankan misi mengumpul duit raya..haha..

“woi!..puasa pun tak start lagi..”

k.

Jumpa lagi di minggu ke 3,aku harap lecturer aku terima entri aku ni sebagai sebahagian report latihan industri aku..

Nota Kaki dan tangan : hidup kat tempat orang ni mencabar,cabaran tu lah pengalaman berharga..tinggal lagi 8 minggu! terima kasih baca walaupun panjang..

Comments

  1. pahan says:

    siap ada map lagi.hehe. salam kenalan bro :)
    pahan recently posted..Minda terapung bermandi idea berprestasi tinggiMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge