Promosi Buffet Ramadhan Di Kafe Brisik Indonesian And Siamese Cuisine

Assalamualaikum dan selamat berpuasa diucapkan kepada umat islam di Malaysia yang telah mula berpuasa pada hari semalam iaitu 21 hb 7 2012,dan hari ni dah masuk ramadhan ke dua ..bersyukurlah sebab kita semua masih diberi kesempatan utnuk bertemu ramadhan kali ni..

Dan macam biasalah,bila berpuasa ni mesti ada berbuka puasa kan,dan tempat pilihan kita biasanya bazar ramadhan..tapi bagi yang ingin berbuka puasa yang menawarkan pakej buffet,Kafe Brisik ada menawarkan pekej berbuka puasa sempena bulan ramadhan kali ini.

Bagi anda yang teringin atau memang menyukai konsep makanan ala-ala siam dan juga indonesia,anda tidak perlu bersusah payah untuk terbang ke negara mereka untuk memenuhi citarasa anda itu..tapi hanya dengan satu destinasi,anda boleh menikmati dua citarasa masakan dari dua negara berbeza.

Kafe Brisik ini  menyajikan makanan Indonesia dan Thailand.Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri satu program Food Review Ramadhan yang dianjurkan oleh Kafe Brisik dengan kerjasama My Little Wing dan ditaja bersama Simplot , Heinz dan Majalah Aroma dari Suri Media.

Bagi anda yang tidak tahu di mana lokasi Kafe Brisik ini,ianya terletak di Jaya One, Petaling Jaya iaitu berdekatan dengan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa.
Bersempena dengan ramadhan kali ini,Kafe Brisik menawarkan pekej buffet yang berpatutan iaitu RM45nett bagi Dewasa dan RM22.50nett bagi kanak – kanak.Dengan menamakan sebagai Juadah @ Maghrib pelbagai menu disediakan. Buffet Ramadhan disediakan dari 23 Julai 2012 – 15 Ogos 2012.
chef kafe brisik
Sewaktu program Food Review tersebut,kami juga telah berpeluang untuk melihat sendiri demo masakan daripada beberapa orang chef Kafe Brisik..Lepas je siap chef masak,kami pun boleh terus makan ..memang sedap sungguh rasanya..
Antara menu yang di sediakan adalah
Set steamboat
Sate Gulung dan Daging Dendeng Grill
Ikan keli bakar dan nasi putih
Spageti yang dimakan dengan Sos Pasta HEINZ yang dicampurkan dengan sosej
Ruang makan dalam dan juga outdoor
Sebahagian produk Heinz yang ada sewaktu majlis tersebut
Antara produk terbaru daripada penaja program ini iaitu SIMPLOT ialah Produk Popcorn Hashbrown..Memang sedap rasanya kerana isinya yang lembut ..boleh lah makan dengan sos daripada produk Heinz..Satu kombinasi yang bagus..pasti tak menyesal..hehehe
Untuk juadah berbuka puasa yang disediakan adalah seperti di bawah :

:: DI Antara Menu Juadah @ Maghrib ::
RESTORAN BRISIK

STARTER :
rojak buah grilled veggies fried honey chicken
Gado gado fruit salad keropok
Tahu bakar pasta salad fried mee

MAIN COURSE 1 :
Ikan bakar such as kembung pepes / pari / tilapia/bawal/lele/seafood
Rice with lalapan

MAIN COUSE 2 :
steamboat on each table with varieties
Serve in pot with tum yam sup and chicken soup

DRINK :
panas : es :
Kopi ‘ o ’ air suling
Teh ‘ o ‘ es selasih
Nescafe ‘ o ‘ es cincau soya

DESSERT :
mixed kueh nyonya and etc.

UNTUK TEMPAHAN

Name of restaurant : BRISIK restaurant
Cuisine : Indonesian Siamese Cuisine
Add : 10-01 Palm square
Jaya One
72, jalan University Petaling Jaya Selangor
Tel : 03 79586681
h/p : 016 616 3666 . 012 257 6868 .
service day : everyday

Bergambar bersama rakan-rakan blogger

Update entri makan-makan di bulan puasa memang menduga nafsu sungguh…semua menu dah lah sedap-sedap..kalau berminat boleh lah berkunjung ke Kafe Brisik..
Selamat Berpuasa daripada iqbalhakimi.com =)

Comments

  1. Hi Iqbal,
    Thank you very much for Brisik entry much appreciated.

    Sincere regards,
    Hartina Arssid
    Owner
    MY LITTLEWING

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge